もっと詳しく

Kabinet bersetuju melaksanakan fortifikasi tepung gandum dengan zat besi dan asid folik bagi pek 25 kilogram (kg) ke bawah secara mandatori, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Fortifikasi ialah proses menambahkan zat tertentu ke dalam bahan-bahan makanan untuk meningkatkan mutu gizi makanan. Khairy berkata langkah itu bagi memastikan paras zat besi dan asid folik dalam tepung gandum adalah seragam serta selaras cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 6.0 miligram zat besi dan 260 mikrogram asid folik dalam setiap 100 gram tepung gandum. “Pada masa ini, zat besi dan asid folik …