もっと詳しく

Tindakan kerajaan Malaysia menahan pelarian Rohingya di depot tahanan imigresen bagi tempoh masa yang lama adalah untuk menjadi contoh kepada pelarian lain supaya tidak memasuki negara ini secara haram, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin. Hamzah menyangkal dakwaan bahawa kerajaan memberi layanan buruk terhadap pelarian sehingga menyebabkan seramai 528 etnik Rohingya melarikan diri dari depot tahanan imigresen Sungai Bakap baru-baru ini. Sebaliknya katanya, Malaysia telah memberi layanan yang baik terhadap pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan dengan menyediakan makanan dan tempat t…