もっと詳しく

Artis grafik Fahmi Reza, yang disiasat pihak berkuasa kerana karya satira politik, mendakwa pihak berkuasa telah menyenarai hitam namanya daripada ke luar negara dan dia kini tidak boleh memperbaharui pasportnya. Dalam perkongsian di media sosial, Fahmi berkata dia dimaklumkan Jabatan Imigresen bahawa sekatan itu dari Bukit Aman. Menyorot bahawa individu yang sudah sabit kesalahan dan mempunyai 42 tuduhan jenayah boleh diberi pelepasan, Fahmi berharap dia juga akan diberi pelepasan untuk ke luar negara. “Pada bulan Mei nanti aku perlu ke Eropah kerana terlibat dalam satu persembahan teater. Ak…