もっと詳しく

Mahkamah Persekutuan memutuskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak memfitnah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd ( NFCorp) Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya susulan dakwaan salah guna dana kerajaan. Mahkamah memutuskan bekas anggota parlimen Pandan membuat kenyataan itu tanpa niat jahat dan membuat komen berkaitan secara adil, menurut Bernama. Rafizi juga, menurut mahkamah, setelah percaya dengan jujur bahawa dakwaannya benar, menjalankan tugas untuk mendesak ketelusan dalam penggunaan dana awam. [Berita penuh menyusul]