もっと詳しく

Projek perintis perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan projek itu perlu mendapat kelulusan laporan EIA bagi memastikan impak minimum kepada alam sekitar. “Pematuhan syarat kelulusan laporan EIA penting bagi melancarkan aktiviti perlombongan di sepanjang projek itu agar tidak memberi kesan negatif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Proj…