もっと詳しく

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengkritik tindakan mengerahkan orang ramai untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dari Amerika Syarikat. “Melainkan kamu memenangi Piala Dunia atau membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik… mengadakan ‘pesta’ menyambut kepulangan adalah satu jenaka. “Apakah jenis pembantu (yang) diupah oleh perdana menteri kita untuk melakukan gimik kosmetik yang bodoh,” katanya dalam catatan Facebook. Yeoh mengulas video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi perdana menteri yang menunjukkan Ismail turun dari pesawat di Pangkalan Udara Su…