Senarai nama doktor yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa sebagai pembuli doktor junior di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut melibatkan doktor pakar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di Putrajaya hari ini, beliau berkata Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan. Khairy berkata senarai anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat isu buli itu serta terma dan ru…