もっと詳しく

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa beberapa tindakan pengabaian, yang bermula dengan penahanan yang menyalahi undang-undang, menjadi punca kepda kematian Thomas Orhions Ewansiha tiga tahun lalu. Menurut peguam Rajesh Nagarajan, antara tindakan lain oleh kakitangan imigresen termasuk memaksa pelajar pascasiswazah yang mempunyai masalah berat badan serta darah tinggi, untuk lompat katak ketika ditahan di pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil. Rajesh yang mewakili keluarga mendiang berkata pegawai penguatkuasa imigresen telah menahan secara salah lelaki berusia 34 tahun itu pada 4 Julai…