もっと詳しく

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melaksana perkhidmatan Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) ‘One Stop Center’ di China untuk tempoh konsesi selama tujuh tahun. Bekas Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Djuliana Jamaludin berkata Hishammuddin telah meluluskan permohonan UKSB pada 1 Okt 2011. “Saya telah diarahkan oleh bahagian saya (Hal Ehwal Imigresen) untuk menyediakan Kertas Pertimbangan bagi mendap…