もっと詳しく

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming (gambar atas) atas sumbangannya dan menghormati hasratnya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Loke berkata Ong membuat keputusan untuk tidak bertanding sejak sebelum pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada Mac. “Dia memberitahu saya dua bulan lalu. Selepas saya mengambil alih jawatan setiausaha agung, dia membincangkan keputusan itu dengan saya. Saya cuba memujuknya untuk kekal (bertanding),” kata Loke pada sidang media di Seremban. “Meskipun tidak dipilih s…