もっと詳しく

BN Selangor menamatkan khidmat ketua penerangan, Isham Jalil, berkuat kuasa serta-merta. Perkara itu dimaklumkan Isham selepas satu surat dikeluarkan oleh Setiausaha BN Selangor Mohamad Stim Diman bertarikh 3 Jun lalu. Menurutnya, berdasarkan surat tersebut ia kerana jawatan ketua penerangan BN negeri tidak termaktub di dalam perlembagaan gabungan berkenaan. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai ketua penerangan BN Selangor. “Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan…