もっと詳しく

Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke utara dan selatan, perlahan malam ini susulan masih terdapat pengguna jalan raya yang memandu pulang ke kampung serta kembali ke rumah masing-masing selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10.30 malam tadi, trafik sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara dari Tapah ke Gopeng dan Ipoh ke Changkat Jering di Perak serta Alor Pongsu ke Jawi, Pulau Pinang. “Trafik juga dilaporkan sesak dari Pedas Linggi menuju Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju ke kawasan Rehat dan Rawat Ser…