もっと詳しく

Tiada kuota khas diperuntukkan bagi pengambilan guru kontrak perkhidmatan (COS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41), kata Menteri Pendidikan Radzi Md Jidin. Dia berkata, bagaimanapun keutamaan diberikan kepada mereka dalam jurusan pendidikan. “Sejak awal lagi, kementerian menegaskan peluang itu akan diberikan kepada graduan profesion pendidikan yang berkelayakan kerana mereka dilatih menjadi guru. “Sekiranya ada tambahan kekosongan, ia akan diberikan kepada graduan yang bukan daripada jurusan pendidikan,” katanya yang dipetik Astro Awani pada sidang media khas di Kementerian Pendi…