Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai memiliki dan menjual hidupan liar tanpa lesen dan pemilikan senjata api buatan sendiri dalam serbuan berasingan di Perak kelmarin. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan tersebut berjaya menghasikan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM717,500 bagi burung murai batu, sangkar dan burung pelbagai jenis, senjata api dan daun ketum. “Kedua-dua penahanan ini dilakukan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan JKDNKA bersama Jaba…