もっと詳しく

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu pemberita di Singapura, Malaysia perlu menimbang tiga faktor utama sebelum melaksanakan pilihan raya umum, sambil menegaskan tarikh pembubaran parlimen, terletak sepenuhnya pada budi bicara perdana menteri. Tiga faktor yang digariskannya adalah, kesediaan negara berhubung kesihatan umum, momentum pemulihan ekonomi serta pertimbangan politik. Khairy yang berada di Singapura selama empat hari sejak 31 Mei 2022 menerusi program pertukaran Felow Lee Kwan Yew berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Y…