もっと詳しく

Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia muncul Juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di Manila, Filipina petang ini. Dalam aksi pentas akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa, Zii Jia menang straight set 21-17, 23-21 dalam pertarungan selama 45 minit. Di set pertama, Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga apabila sentiasa berada di hadapan sebelum mencatat kemenangan. Ketinggalan satu set, Jonatan cuba mencari rentak untuk bangkit di set kedua dengan hasrat mengheret perlawanan ke set penentuan, namun usahanya gagal apabila Zii …