Dakwaan menyatakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk kembali menjadi perdana menteri kekal sebagai dakwaan sehingga kini, kata Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz Mahathir. Hal itu kerana. katanya, dalam keadaan macam mana sekalipun perkara itu perlu dibuktikan dan Muhyiddin tidak boleh menggunakan pendekatan sama seperti diambilnya ketika Langkah Sheraton. “Sebab semasa Langkah Sheraton berlaku dulu, cara dia nak buktikan kononnya mempunyai jumlah sokongan yang cukup hanyalah dengan surat yang ditandatangani presiden parti masing-masing…