もっと詳しく

Pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi jaminan akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung kematian pelajar Sarjana Muda Perakaunan, S Vinosiny pada Sabtu lalu. Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, enam pegawai Suruhanjaya Tenaga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan di tempat kejadian hari ini. “UUM akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan dan sentiasa melaksanakan sikap terbuka tanpa menyembunyikan sebarang fakta mengenai kejadian ini,” katanya dalam kenyataan. Dr Haim juga memberi jaminan universiti itu akan terus membantu sia…