もっと詳しく

Rakyat Malaysia Soh Chee Wen dan Quah Su-Ling hari ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana memanipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan melibatkan saham Blumont Group Ltd, Asiasons Capital Ltd, dan LionGold Corp Ltd. Menurut kenyataan bersama polis dan penguasa kewangan Singapura hari ini, Soh dan Quah masing-masing disabitkan dengan 180 dan 169 pertuduhan. Kedua-duanya didakwa pada 25 Nov 2016 di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan dan Kanun Keseksaan kerana memanipulasi pasaran dan harga tiga saham antara Ogos 2012 dan Oktober 2013. Soh (gambar, bawah) juga d…