もっと詳しく

Hari Rabu ini masih menjadi cuti umum bagi kebanyakan negeri di negara ini. Ini selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad lalu (1 Mei) akan diganti pada Rabu (4 Mei). Pada awalnya, cuti Hari Pekerja sepatutnya diganti pada Isnin (2 Mei) manakala cuti Aidilfitri dijangka pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei). Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan Aidilfitri akan disambut pda Isnin (2 Mei) dan Selasa (3 Mei). Dengan penggantian Hari Pekerja dipindahkan ke hari Rabu, penyusunan semula akan mengekalkan Isnin hingg…